Ditubuhkan dengan rekod prestasi yang kukuh sebagai agensi penterjemahan selama bertahun-tahun, SunFlare kekal komited untuk menjadi rakan kongsi yang berintelektual dan dipercayai oleh pelanggan-pelanggannya.
Kami menyediakan perkhidmatan dengan menyeluruh yang bersesuaian demi memenuhi keperluan dokumentasi syarikat yang beroperasi dalam semua bidang perniagaan.
Kami mampu menyediakan penyelesaian yang optimum kepada pelanggan-pelanggan kami dengan mengenal pasti dan menyelesaikan cabaran-cabaran dokumentasi yang berkaitan dengan cepat dan tepat.

Profil Korporat

Nama Korporat SunFlare Co., Ltd.
Diasaskan 1 Ogos 1971
Alamat Ibu Pejabat di Tokyo :
Shinjuku Hirose Bldg., 4-7 Yotsuya, Shinjuku-ku,
Tokyo 160-0004, Japan
Wakil Pengarah Hiroyuki Sasai
Perniagaan

Dokumentasi

  • Terjemahan
  • Penyetempatan
  • Penulisan (teknikal dan perubatan)
  • Perkhidmatan Kreatif (reka bentuk, DTP, web dan video)

Perundingan

  • Perundingan dokumentasi
  • Penyelidikan (perundangan, peraturan, piawaian dan paten)
  • Bantuan pemfailan dan bantuan permohonan (paten, hal ehwal peraturan dan peralatan perubatan)

Pendidikan dan latihan

  • Akademi SunFlare
  • Peperiksaan Kelayakan bagi Penterjemah (TQE)
  • Latihan korporat
  • Seminar (paten dan peralatan perubatan)
Pensijilan ISO 27001, ISO 9001, ISO 17100 dan simbol privasi (JIPDEC) Pemegang Lesen Kebenaran Pemasaran
Jenis II bagi Peralatan Perubatan

Diperakui dengan ISO 27001 dan ISO 9001

Pelanggan-pelanggan kami mempunyai pelbagai keperluan dokumentasi. Kami mematuhi pelbagai sistem pengurusan antarabangsa bagi memastikan kami memiliki rangka kerja keselamatan yang kuat dalam menerima dan menyampaikan data rahsia pelanggan supaya kami dapat memberikan tahap mutu yang tertinggi.

Berpengalaman luas dalam pelbagai industri, perniagaan dan bidang lain

Dalam memastikan kami kekal sebagai rakan niaga yang dipercayai, pakar-pakar industri kami bekerjasama dengan pakar-pakar bidang tertentu, bagi tujuan menyediakan penyelesaian yang optimum kepada pelanggan-pelanggan kami dalam menangani cabaran-cabaran yang dihadapi.

Mahir lebih daripada 70 bahasa

Sekiranya sesebuah syarikat mahu menubuhkan perniagaannya dalam konteks global secara persendirian, ia perlu mengenali bahasa dan budaya kesemua negara sasarannya. Ini jelas bukanlah suatu pendekatan yang sangat praktikal kepada sesebuah perniagaan. Namun begitu, di SunFlare, kami mempunyai pakar-pakar terdiri daripada lebih 70 bahasa, yang juga arif terhadap budaya setempat di mana bahasa tersebut digunakan. Pakar-pakar ini dapat memberi sokongan tepat dan cepat kepada pelanggan untuk berjaya sebagai sebuah perniagaan yang global. Pakar-pakar kami memiliki pengetahuan luas dalam bidang yang khusus dengan bersandarkan kemahiran bahasa yang cemerlang, menjadikan kami mampu menawarkan perkhidmatan yang pantas dan berkualiti tinggi bagi dokumen-dokumen yang memerlukan tahap kepakaran yang tinggi, seperti dokumen perundangan, artikel jurnal, dan permohonan peraturan.